Skip to main content
HomeViral

Memelihara Alam Sekitar Melalui Kitar Semula Telefon Lama

By 18 Ogos 2015Ogos 19th, 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Syed Fauzi Syd Mostapha

CYBERJAYA, 18 Ogos (Malaysiaaktif) – Tahukah anda mengikut agensi perlindungan alam sekitar Amerika Syarikat (EPA), purata jangka hayat telefon bimbit hanya dua tahun?

Juga, tahukah anda telefon bimbit yang rosak dan tidak dilupuskan mempunyai bateri litium dan bahan toksik yang boleh membahayakan kesihatan?

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Datuk’ Dr. Halim Shafie, SIRIM pernah menganggarkan sebanyak 42 juta telefon bimbit berdaftar sebelum 2013.

“Ini bererti banyak peranti yang tidak terpakai masih tersimpan di tempat-tempat kediaman atau telah dibuang dengan cara yang tidak selamat.”

Ke arah menangani masalah ini, Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Datuk Jailani Johari pagi tadi melancarkan program Mobile e-Waste: Old Phone, New Life di Cyberjaya.

E-waste yang dimaksudkan ialah peranti mudah alih yang telah tamat tempoh hayatnya, seperti telefon bimbit, pengecas, aksesori dan lain-lain.

Menurut beliau, bagi memupuk budaya 3R (mengurangkan, kitar guna semula dan kitar semula) sebanyak 72 kedai telekomunikasi Maxis, Celcom, Digi, Altel dan U-Mobile di seluruh negara akan menempatkan sebuah kotak pengumpulan telefon bimbit.

Kami menyasarkan sebanyak satu juta unit telefon bimbit dapat dikumpulkan menerusi program ini dalam tempoh setahun.

Bahan yang terkumpul akan melalui proses kitar semula dengan kerjasama Shan Poornam Metals Sdn. Bhd yang dilesen oleh Jabatan Alam Sekitar.

Tinggalkan komen anda