Skip to main content
HomeViral

Henti Sementara Penggunaan Rokok Elektronik

By 12 Ogos 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Faris Fuad

PUTRAJAYA, 12 Ogos (Malaysiaaktif) — Penggemar shisha dan rokok elektronik disarankan berhenti menggunakannya buat sementara waktu sehingga kesannya dapat disahkan dalam tempoh dua bulan lagi.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri S Subramaniam berkata pihaknya sedang berbincang dengan pelbagai agensi dan pihak berkaitan bagi mendapatkan pandangan mereka mengenai kesan penggunaan rokok elektronik tersebut

“Pengguna akan mendapat semua kesan seperti menghisap rokok cuma mungkin kandungan tar lebih rendah tetapi kesan nikotin adalah sama,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

“Jangan jadikan ia sebagai kebiasaan dan jangan jadikan ia sebagai fesyen baharu”

Dalam perkembangan lain, Dr Subramaniam juga tidak menggalakkan rakyat untuk menanam ketum sebagai sumber ekonomi kerana ia akan mengakibatkan masalah sosial, terutama anak muda.

“Contohnya murid sekolah campur air ketum dengan Coca Cola sebelum pergi ke sekolah. Di sekolah mereka tidak berada dalam keadaan yang sesuai untuk mendapat pendidikan”

Sebelum ini, cadangan pindaan Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi memasukkan takrifan baharu bagi daun ketum telah dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat pada sesi parlimen.

Tinggalkan komen anda