Skip to main content
HomeViral

KKM: Kes Denggi Turun Sejak Awal Julai

By 12 Ogos 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh: Faris Fuad

PUTRAJAYA, 12 Ogos  (Malaysiaaktif) – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati kes denggi di seluruh negara secara keseluruhannya menunjukkan tren penurunan kes bermula Julai.

Kes yang dilaporkan adalah kurang daripada 2,800 kes seminggu berbanding akhir Jun di mana kes yang dilaporkan melebihi 3,000 kes seminggu.

 

situasi denggi

 

 

tren kes denggi

 

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah berpendapat untuk mengurangkan kes denggi, usaha pencegahan harus dilakukan pada momentum yang sama atau lebih tinggi.

“Penjagaan kebersihan perlu diterap daripada peringkat sekolah dan ‘Program Kitar Semula’ perlu dihebahkan kepada masyarakat agar mereka bekerjasama menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersih” katanya dalam satu mesyuarat di Putrajaya hari ini.

Beliau turut berharap Pelan Tindakan Kebersihan Nasional yang dirancang dapat dilaksanakan.

“Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM perlu menyelaraskan perkara ini dengan kadar segera dengan mengaturkan semula bengkel bersama kementerian dan agensi berkaitan”

Beliau turut mempengerusikan mesyuarat Pasukan Khas Denggi Peringkat Kementerian itu.

 

Tinggalkan komen anda