Skip to main content
HomeViral

Antara Suspek Pecah Rumah Timbalan Menteri Dikenal Pasti

By 12 Ogos 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh: Faris Fuad

PUTRAJAYA, 12 Ogos Ā (Malaysiaaktif) – Salah seorang daripada dua suspek menceroboh masuk rumah Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr James Dawos Mamit di Presint 10 di sini telah dikenal pasti.

ā€œSuspek tersebut, Harron Hussain, 23 tahun berasal daripada Myanmar dikenal pasti sebagai suspek yang terlibat dalamĀ  insiden tersebutā€ kata Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner, Rosly Hassan

Menurutnya, polis berjaya mengenal pasti suspek selepas menjalankan siasatan cap jari yang dijumpai di bekas kaca dari rumah Timbalan Menteri tersebut.

ā€œSuspek itu juga disyaki pendatang asing tanpa izin dan sebelum ini pernah ditangkap di Butterworth, Pulau Pinang atas kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresenā€ katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya hari ini

ā€œPolis mengesyaki kejadian tersebut melibatkan lebih daripada seorang individu dan mereka kini dikatakan berada di beberapa kawasan berdekatan seperti di Bangi, Sepang dan Banting,ā€

Pihaknya turut menggesa penduduk supaya peka terhadap kes sebegini dan segera membuat laporan sekiranya terlihat atau terjumpa suspek bagi membantu siasatan

Kejadian pecah masuk tersebut ituĀ  mengakibatkan kerugian hampir RM30,000.

Sebelum ini,Ā  James dan isteri berada di Kuching, Sarawak atas urusan rasmi dan hanya menyedari pencerobohan itu selepas mendapati tingkap rumahnya pecah sebaik pulang ke rumah.

 

Tinggalkan komen anda