Skip to main content
HomeViral

KJ Sedia Tunggu Dana Bagi Impian Jazeman Jaafar

By 7 Ogos 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh: Faris Fuad

PUTRAJAYA, Ogos 6, (Malaysiaaktif) – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sentiasa mengalu-alukan mana-mana pihak untuk tampil menyumbangkan dana bagi merealisasikan impian pelumba muda, Jazeman Jaafar mewaikili negara sebagai pelumba Formula 1 musim depan

“Saya mengalu-alukan mana-mana pihak dalam usaha untuk kita mencari penajaan untuk Jazeman” katanya dalam sidang media di Putrajaya pada Khamis.

Menurutnya, keperluan itu memerlukan satu jumlah dana yang besar

“Untuk tahun depan kita mungkin memerlukan 60-70 juta ringgit, jadi ini bukanlah satu pelaburan yang kecil, saya dah kata KBS dan kerajaan mahu untuk penajaan sepenuhnya”

Walau bagaimanapun, beliau tidak menolak keperluan dana itu sebagai satu tugas yang mustahil.

” Tidak mustahil tetapi satu tugas yang besar, nak dapatkan 60-70 juta untuk seorang, bukan saya kata dia tidak layak, dia memang layak, kita mahu lihat seorang pelumba F1 yang kompetitif, tetapi ia satu pelaburan yang besar, cukup besar”

“Saya masih tidak tahu siapa yang akan tampil ke depan, suasana dana sukan tahun ini amat mencabar,” katanya.

 

Tinggalkan komen anda