Skip to main content
HomeViral

Yayasan AlBukhary Derma RM300 000 kepada Republik Yemen

By 7 Ogos 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa

PUTRAJAYA, 5 Ogos (Malaysiaaktif) – Pergolakan politik yang berlaku di Republik Yemen menyebabkan umat Islam di negara tersebut mengalami krisis kemanusiaan yang meruncing.

Oleh sebab hubungan kerjasama dua hala yang akrab antara Malaysia dan Republik Yemen, pihak Yayasan AlBukhary telah mengambil inisiatif menyumbang sebanyak RM300, 000.

Majlis Penyampaian Bantuan Kemanusiaan Yemen melalui MERCY ini disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim, di Kompleks D1 pada Khamis.

Menurut beliau, bantuan ini diharap dapat membantu Yemen dalam menempuh saat-saat sukar bagi mempertahankan kedaulatan negara mereka.

Beliau juga berterima kasih kepada pihak MERCY Malaysia yang mengambil inisiatif membantu Yemen setelah berjaya membantu mangsa Gempa Bumi di Nepal, April lalu.

 

 

Tinggalkan komen anda