
Oleh : Pradeeb Kumar Velayutham
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (MalaysiaAktif) – Sejumlah 1,974 kes kemalangan jalan raya dicatatkan di seluruh negara tahun ini, iaitu peningkatan sebanyak 10.7 peratus berbanding tahun lalu.
Kemalangan maut mencatatkan peningkatan sebanyak 86 kes atau 39.6% dengan jumlah kematian sebanyak 330 membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal masih merekodkan golongan paling ramai, sebanyak 200 kes.
Statistik ini diumumkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim pada majlis perasmian penutupan Ops Selamat Ke-7 di Terminal Bersepadu Selatan semalam.
Majlis anjuran Telekom Malaysia dengan usaha sama agensi-agensi kerajaan , bukan kerajaan (NGO) serta agensi-agensi penyelamat itu turut menyaksikan penyampaian anugerah kepada pengguna jalan raya yang berhemah.
Seramai 15 orang menerima Anugerah Pemandu Berhemah. Mereka terdiri daripada lima orang pemandu bas, lima orang pemandu teksi dan kereta serta lima orang penunggang motosikal.
Dua kategori bagi tiga kontinjen terbaik dan tiga daerah terbaik turut dianugerahkan dalam majlis tersebut.