Skip to main content
HomeViral

Senjata Api Dirampas, Dua Lelaki Ditangkap

By 13 Ogos 2015Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh : Pradeeb Kumar Velayutham

ALOR SETAR,  13 Ogos (MalaysiaAktif) – Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah dengan bantuan pegawai-pegawai dari Bukit Aman menangkap dua lelaki di Sungai Petani, Selasa lalu.

Hasil pemeriksaan ke atas sebuah kereta pada kira-kira pukul 3.15 petang, pasukan D9 JSJ dan beberapa orang anggota Bukit Aman itu merampas sepucuk pistol jenis Norinco , 17 butir peluru 9mm jenis Luger dan S & B dan sebilah sabit.

Turut dirampas, sejumlah dadah jenis syabu, heroin, erimin 5 dan pil kuda yang ditemui dalam beg sandang salah seorang suspek.

Pemeriksaan lanjut juga mendapati nombor casis kereta tersebut telah dipotong, sementara nombor enjin pula dipadamkan.

Tangkapan itu membawa kepada rampasan sepucuk pistol angin jenis Pietro Beretta Gardone dan sejumlah peluru ‘ball bearing’ di rumah salah seorang tertuduh.

Sementara itu, dalam satu kes berasingan pada 17 Julai lebih kurang pukul 2.50 petang, Pasukan Gerakan Am (PGA) Hulu Kinta dan Unit K9 yang bertugas di Point A Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam telah menahan seorang lelaki menaiki motosikal bernombor pendaftaran Thailand yang masuk daripada arah Thailand dalam keadaan mencurigakan.

Hasil pemeriksaan menjumpai sepucuk pistol jenis Beretta MCD 950 B-CAL 6.35 warna Silver,sepucuk pistol jenis CZ2075 berwarna hitam,70 butir jenis Bullet Master 9 mm FMJ dan WIN 25 Auto di dalam beg galas lelaki tersebut.

Suspek ditangkap, kesemua senjata api dirampas dan kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960.

 

Tinggalkan komen anda