Oleh Khairul Amar Firdaus Azahar
KEPONG, 13 Ogos (Malaysia – Tiga premis perniagaan hangus dijilat api dalam kebakaran besar di Pekan Kepong, berhadapan Kuarters DBKL pada pukul 12:30 tengah hari tadi.
Kebakaran melibatkan tiga unit kedai, termasuk sebuah bangunan lama yang kosong, sebuah kedai gunting rambut dan sebuah kedai minuman.
Menurut pemilik kedai minuman, Chong Tek Fong yang bergegas keluar dari premisnya untuk menyelamatkan diri, kebakaran merebak dengan pantas.
Pasukan Bomba dan Penyelamat dari Stesen Kepong bersama empat orang anggota dibantu Skuad Penyelamat Dewan Bandar raya Kuala Lumpur (DBKL) dalam usaha memadamkan kebakaran.
Kebakaran berjaya dikawal sebelum api dipadamkan pada pukul 2.00 petang.
Menurut Timbalan Penguasa Bomba dan Penyelamat Cawangan Kepong, Rozian Mohd Long, tiada kemalangan nyawa dilaporkan dan pihaknya sedang menyiasat punca kebakaran dan anggaran kerosakan harta benda.