Skip to main content
GlobalHomeViral

PALSU! Video Helikopter Terhempas Misi Mencari MH370

By 11 Ogos 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Malaysiaaktif) – Baru-baru ini tersebar video memaparkan sebuah helikopter tentera laut Amerika Syarikat yang didakwa terhempas ke laut ketika cuba mendarat di atas sebuah kapal tangki dalam misi mencari MH370.

Dakwaan tersebut tidak benar sama sekali dan merupakan satu lagi pembohongan serius yang hanya menggemparkan pembaca.

Video yang diviralkan itu sebenarnya insiden yang berlaku pada 9 Disember 1999 apabila helikopter CH-46 Sea Knight membawa 18 orang terhempas ke laut dan tenggelam ketika cuba mendarat di atas kapal tangki Tentera Laut Amerika Syarikat, PECOS (T-AO 197) semasa latihan.

Dalam kejadian itu 11 anggota tentera marin berjaya diselamatkan, sementara enam terbunuh, termasuk seorang anggota tentera laut.

 

 

Tinggalkan komen anda