Skip to main content
EkonomiHomeViral

Ahmad Maslan: Jadi Usahawan seperti Nabi Muhammad, Khadijah 

By 11 Ogos 2015Mac 31st, 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa

DAMANSARA, 11Ogos (Malaysiaaktif) – Peranan wanita dalam memajukan ekonomi Malaysia memang tidak perlu disangkal.

Buktinya, sehingga kini hampir 126,900 wanita terlibat dalam perusahaan kecil dan sederhana di Malaysia.

Seiring aspirasi kerajaan yang mahukan lebih ramai wanita dalam bidang keusahawanan, Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) menganjurkan forum ‘Memperkasakan Keusahawanan Wanita’ di Hotel Royale Chulan Damansara pagi tadi.

 

IMG_0049

 

Menurut  Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri  Datuk Ahmad Maslan, , program ini membuka lebih banyak peluang kepada wanita untuk menceburi bidang keusahawanan.

Beliau memberi contoh, sehingga Jun 2015 Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) telah membelanjakan 1.17 bilion ringgit bagi membantu hampir 366, 631 usahawan wanita.

Ahmad berkata, mereka didapati cukup amanah, apabila rata-rata membayar pinjaman wang yang diberikan oleh kerajaan.

Tambah beliau, jadilah usahawan macam Nabi Muhammad SAW dan jadilah usahanita macam Khadijah. Episod pertemuan kedua-dua mereka diharap dapat memberi motivasi kepada mereka yang ingin bergelar usahawan yang berjaya.

Forum anjuran FFM ini memberi peluang kepada usahawan wanita untuk berkongsi idea dan pengalaman, di samping didedahkan kepada teknologi perniagaan atas talian (e-commerce) khasnya untuk mengembangkan perniagaan hingga ke peringkat antarabangsa.

Lebih 500 syarikat usahawan wanita hadir dalam forum ini.

 

Tinggalkan komen anda