Skip to main content
Home

PDRM Rai Kejayaan Atlet Kejohanan WPFG

By 17 Ogos 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Pradeeb Kumar Velayutham

KUALA LUMPUR,  17  Ogos (MalaysiaAktif) – Barisan atlet Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berjaya mengharumkan nama pasukan dan negara dalam Kejohanan ‘World Police and Fire Games’ (WPFG) di Virginia, Amerika Syarikat, Jun lalu, diraikan dalam satu majlis di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), hari ini.

Pasukan PDRM yang memperoleh 32 pingat emas, 25 perak dan 17 gangsa juga merupakan pencapaian terbaik sejak menyertai kejohanan tersebut sejak 1995.

“Kejayaan itu meletakkan Malaysia di kedudukan ke-12 daripada  60 buah negara yang mengambil bahagian,” kata Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun merangkap Pengerusi Majlis Sukan PDRM.

Tambah beliau, disiplin dan semangat juang yang ditunjukkan oleh semua atlet PDRM wajar dipuji dan kejayaan ini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang demi meningkatkan imej dan nama baik pasukan dalam bidang sukan.

Penyampaian sijil penghargaan kepada semua atlet yang terlibat disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Kejohanan WPFG merupakan kejohanan  ukan pasukan polis dan bomba yang disertai oleh lebih 12,000 atlet dari seluruh dunia.

Tahun ini PDRM menghantar 123 pegawai dan anggota  untuk  10 acara sukan, termasuk golf, ten pin bowling, karate, ragbi tujuh sebelah, badminton, basikal, bina badan, olah raga, dart dan tarik tali.

 

Tinggalkan komen anda