Skip to main content
HomeViral

Pesuruhjaya PAS Sarawak Meninggal Dunia

By 17 Ogos 2015Tiada komen1 minit bacaan

  KUCHING, 17 Ogos – Pesuruhjaya PAS Sarawak Adam Ahid, 66, meninggal dunia pada 3.20 pagi ini, tiga hari selepas dimasukkan ke Institut Jantung Negara, Kota Samarahan, akibat serangan angin ahmar.

Pengerusi Lajnah Penerangan PAS Sarawak Muhamad Shokri Ahmad Fauzi berkata jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Semariang di sini sebelum Zohor.

Beliau berkata kehilangan Allahyarham amat dirasai seluruh anggota PAS khususnya di Sarawak, kerana sebelum ini Allahyarham gigih bersama-sama anggota kepimpinan parti mengatur strategi persiapan PAS menghadapi pilihan raya Sarawak.

Menurutnya Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang kebetulan berada di sini, sempat melawat Allahyarham di Institut berkenaan lewat Ahad malam.

Allahyarham, pernah bertanding pada pilihan raya Sarawak pada 2011 di kawasan Dewan Undangan Negeri Sebuyau dan tewas kepada calon Barisan Nasional Datuk Julaihi Narawi.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak.

– BERNAMA

Tinggalkan komen anda