Skip to main content
HomeViral

Pegawai Naik Pangkat Perlu Pikul Tanggungjawab Lebih Besar

By 18 Ogos 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KOTA KINABALU, 18 Ogos — Ketua Pengarah Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman menasihatkan kepada pegawai penerangan yang dinaikkan pangkat supaya sentiasa bersedia memikul tanggungjawab yang lebih besar.

Beliau berkata persediaan itu bermula daripada diri individu itu melalui keupayaannya memimpin diri untuk berfikiran luas dan ke arah perkhidmatan cemerlang, fokus terhadap kerja serta menuntut ilmu agar dapat memenuhi tahap prestasi kerja yang ditetapkan.

“Kalau kita sudah bersedia saya percaya lebih ramai lagi yang berjaya tetapi peluang masih belum datang kerana rezeki bukan kita yang tentukan, tetapi Allah SWT,”katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap menyampaikan surat pemangkuan kenaikan pangkat serta pengumuman penempatan kepada 14 pegawai penerangan yang baharu dinaikan pangkat di Dewan Semarak, Wisma Dang Bandang disini hari ini.

Ibrahim berkata, Jabatan Penerangan merupakan antara jabatan yang tertua sejak tahun 1926 dan setiap pegawai perlu bekerja dengan ikhlas untuk berkhidmat kepada negara.

Katanya, tanggungjawab dan peranan Jabatan Penerangan juga semakin mencabar dengan adanya media dan teknologi komunikasi yang baharu secara nyata.

“Kita sebagai penjawat awam hendaklah menyimpan rahsia kalau ada rahsia yang perlu kita simpan disamping itu kita juga terlibat untuk memperbetulkan keadaan yang salah, tohmahan yang tidak boleh dikawal dan bersama-sama buat yang terbaik untuk jabatan ini,”katanya.

–BERNAMA

Tinggalkan komen anda