Skip to main content
Home

Pelancaran Bulan Kebangsaan 2015 Bagi Penjawat Awam

By 14 Ogos 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Dila Khamde

PUTRAJAYA, 14 Ogos 2015 (MalaysiaAktif) – Semangat patriotisme terus disemarakkan susulan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2015 Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Kuching, Sarawak pada 10 Ogos 2015.

Pagi ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan kerjasama semua Jabatan dan Agensi sekitar Kompleks C, Putrajaya telah menganjurkan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2015 bagi penjawat awam di peringkat Kompleks C.

Majlis yang dihadiri kira-kira 500 orang dilancarkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, dengan pelepasan konvoi 15 buah kenderaan jabatan.

Antara jabatan dan agensi terlibat, termasuk Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Sains dan Teknologi (MOSTI), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Jabatan Perangkaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Kemerdekaan memberi satu takrifan yang sangat besar dan bererti. Kejayaan negara pada hari ini adalah hasil usaha tanpa jerih perjuangan kita pada satu ketika dahulu bagi melihat sebuah negara bangsa yang bebas, diperintah dan ditadbir sendiri oleh rakyat”

Tambah beliau, media sosial kini turut menjadi medium bagi pihak-pihak tertentu mencipta permainan persepsi untuk mengelirukan orang awam.

Persepsi yang pada mulanya dianggap sebagai gurauan, akhirnya berjaya meracuni pemikiran. Jika tidak berwaspada, ia akan akhirnya membawa persepsi kepada realiti.

Tinggalkan komen anda