Skip to main content
HomeViral

Belia Bimbang, Pemuda UMNO Jumpa Najib Masa Terdekat

By 24 Ogos 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR, 24 Ogos —Ā Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin akan bertemuĀ Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat bagi menyuarakan kebimbangan dan keresahan golongan belia terhadap isu-isu besar yang melanda negara ketika ini.

Menteri Belia dan Sukan itu berkata, Pemuda Umno akan memohon pertemuan khas itu diadakan secepat mungkin bagi menyampaikan suara golongan muda termasuk hasil mesyuarat perwakilan sayap parti itu yang merupakan suara akar umbi.

“Kita telah buat ketetapan dalam masa terdekat kita akan berjumpa dengan Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak, kita akan mohon untuk mengadap beliau untuk sampaikan pandangan dan pendirian Pemuda Umno terutama yang dibuat dalam mesyuarat perwakilan baru-baru ini.

“Kita juga memohon untuk bertemu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkenaan isu-isu daripada akar umbi Pemuda supaya tindakan dapat diambil terhadap kerisauan dan keresahan yang dirasai mereka dalam isu-isu besar negara,ā€ katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pemuda Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Isnin.

Tinggalkan komen anda