Skip to main content
Home

Penstrukturan Semula Perbadanan Pembangunan Kampung Baru

By 4 Ogos 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Malaysiaaktif) – Lokasi yang cukup strategik, nilai sejarah di samping ciri-ciri budaya dan warisan Melayu menjadikan Kampung Baru cukup dikenali ramai.

Sebagai agensi di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan, Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PKB) ditubuhkan pada 1 April 2012. PKB bertanggungjawab sebagai penggerak utama dalam pembangunan semula Kampung Baru.

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan, PKB merupakan satu entiti yang penting dalam memastikan pembangunan yang mapan dan lestari selari dengan pembangunan pesat Bandar Raya Kuala Lumpur.

Beliau yang berucap di sidang akhbar  Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Wilayah Persekutuan di Dataran DBKL tengah hari tadi mengumumkan pelantikan Datuk Afandi Azahari sebagai Pengerusi PBK. Datuk Haji Mahadi Che Ngah pula dilantik sebagai Ketua Pengarah Eksekutif PBK berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan tersebut dilihat sebagai satu penstrukturan semula Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ke arah menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar raya bertaraf dunia menjelang 2020.

 

Tinggalkan komen anda