Skip to main content
HomeViral

Perarakan Bertopeng Diadakan Malam Ini di Kuala Lumpur

By 14 Ogos 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Malaysiaaktif) — Buat pertama kalinya, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) menganjurkan Festival Topeng Antarabangsa Malaysia 2015.

Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata festival ini bertujuan memberi kefahaman tentang sosiobudaya pemakaian topeng.

Beliau berkata ia dapat mempamerkan keunikan budaya topeng berdasarkan motif dan penciptaan setiap reka bentuknya.

Acara tersebut dijangka menjadi tarikan pelancong dan sekali gus merancakkan industri pelancongan negara.

Beliau ditemui selepas merasmikan festival berkenaan di Esplanade Taman Kuala Lumpur City Centre pada Khamis.

Selain Malaysia, enam negara mengambil bahagian, termasuk Indonesia, Sri Lanka, Republik Rakyat China, Republik Korea, Thailand dan Filipina.

Festival dari 13-16 Ogos ini terbahagi kepada 5 komponen utama, iaitu persembahan, pameran, demonstrasi, pertandingan dan perarakan.

Pada pukul 7.30 malam ini pula, perarakan bertopeng membabitkan laluan sepanjang 1 kilometer akan berlangsung di jalan-jalan tumpuan pelancong di Kuala Lumpur, seperti Jalan Ampang (berhadapan Matic), Jalan Sultan Ismail, Jalan P.Ramlee dan Suria KLCC.

Tinggalkan komen anda