Skip to main content
HomeViral

#Sehatisejiwa Melalui  Hari Kebangsaan, Hari Malaysia 2015

By 14 Ogos 2015Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Diyana Zamri

PUTRAJAYA, 14 Ogos 2015 (Malaysiaaktif) – Tinggal beberapa hari lagi untuk kita meraikan Hari Kebangsaan. Namun, bagaimanakah persiapan rakyat Malaysia dalam meniti hari penuh bersejarah itu? Masihkah semangat pejuang-pejuang kemerdekaan kekal membara di dalam diri rakyat Malaysia atau mungkinkah semangat ini semakin berkurangan jika ingin dibandingkan pada zaman dahulu?

RASIONAL TEMA

#sehatisejiwa dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan Malaysia tahun ini untuk mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat kepada negara tercinta, Malaysia.

Tema #sehatisejiwa mampu menggerakkan dan menyemarakkan perasaan kasih sayang serta hormat-menghormati dalam kalangan masyarakat majmuk di negara kita. #sehatisejiwa juga akan meneguhkan lagi semangat patriotisme yang menjadi tunggak dan tiang seri kepada keharmonian dan perpaduan bangsa Malaysia. Malaysia #sehatisejiwa merupakan satu titian hubungan – yang jauh didekati, ukhuwah dipererat.

RASIONAL LOGO

Tahun ini juga menyaksikan logo Hari Kebangsaan yang menggunakan bentuk hati sebagai terasnya. Gabungan warna Jalur Gemilang, merah, biru, kuning dan putih digunakan bagi menaikkan lagi semangat cinta negara dalam diri sesiapa sahaja yang melihatnya.

banner_ma

Bagi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2015 ini, sebanyak 24 acara menarik telah diatur, termasuk Larian #sehatisejiwa pada 23 Ogos di Padang Merbok, Kuala Lumpur, Festival Televisyen ASEAN-Japan dari 9 hingga 12 September, Bufet Hari Kebangsaan dari 28 Ogos hingga 16 September di hotel-hotel terpilih seluruh negara serta Festival ASEAN-Jepun Festival dari 9 hingga 12 September di Berjaya Times Square Hotel & Convention Centre, Kuala Lumpur.

Penganjuran Bufet Hari Kebangsaan merupakan tarikan baharu sambutan Hari Kebangsaan 2015. Hotel-hotel terpilih di seluruh negara akan menghiaskan premis, termasuk tempat makan mengikut kreativiti masing-masing, bersesuaian dengan tema sambutan Hari Kebangsaan, Malaysia #sehatisejiwa.

 

Calendar_of_events_2015_6.8.2015

Tinggalkan komen anda