
Oleh Faris Fuad
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Malaysiaaktif) — Terdapat lebih kurang 500 peserta Bersih 4 membanjiri perkarangan Stesen LRT Masjid Jamek bagi menunjukkan solidariti menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib meletakkan jawatan.
Setakat pukul 4 petang ini, keadaan masih terkawal dan tidak kelihatan pemimpin pembangkang di lokasi tersebut.
Sebahagian peserta dipercayai akan berarak ke Dataran Merdeka yang merupakan pusat utama bagi mengumpulkan semua peserta daripada beberapa lokasi .