Skip to main content
EkonomiHomeViral

“Sendiri Pun Tak Betul, Ada Niat Nak Betulkan Yang Lain”

By 29 Ogos 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Faris Fuad

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Malaysiaaktif) — Kelihatan beberapa peserta Bersih tidak mengendahkan papan tanda yang menunjukkan tempat duduk khas bagi penumpang kurang upaya dan mengandung.

“Insiden yang berlaku dalam LRT laluan Kelana Jaya tengah hari tadi seharusnya tidak berlaku kerana kita sebagai rakyat Malaysia perlu peka memberi contoh yang baik kepada anak-anak kita.”

Ini antara pendapat yang diluahkan oleh penumpang lain yang menyaksikan sikap mereka.

Mereka berkata, walaupun penumpang tersebut mungkin terlalu teruja untuk menyertai perhimpunan itu, janganlah sesekali mengambil mudah perkara sebegini.

Pengangkutan awam seperti ini sering kali digunakan pelancong luar. Sehubungan itu, ia memberi imej buruk kepada negara.

Tinggalkan komen anda