Skip to main content
HomeViral

“Polis Evo” Bertemu Penonton September Depan

By 3 Ogos 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Pradeeb Kumar Velayutham

KUALA LUMPUR,  3  Ogos (MalaysiaAktif) – Filem, ‘Polis Evo’ bakal merancakkan lagi industri perfileman Malaysia tahun ini.

Filem aksi polis ala “SWAT” arahan Ghaz Abu Bakar ini menampilkan barisan pelakon popular tanah air, seperti Shahheizy Sam, Zizan Razak, Nora Danish, Allahyarham Harun Salim Bachik, Mimi Ernida, Wan Hanafi Su, Ayie Hushairi, Pablo Amirul, Yuzz Murai, Amerul Affendi, Eyka Farhana dan ramai lagi.

‘Polis Evo” merupakan filem genre aksi yang mengisahkan dua orang anggota polis, Khai (Shaheizy Sam) dan Sani (Zizan Razak) yang mempunyai personaliti berbeza, tetapi harus bekerjasama untuk menumpaskan sebuah sindiket pengedaran dadah.

 

evo2

 

Menurut Ghaz , antara cabaran dihadapi beliau semasa pembikinan ‘Polis Evo’ termasuk ketika merakam babak-babak aksi lasak yang kebanyakannya membabitkan aspek-aspek teknikal yang amat sukar.

Ghaz percaya filem ini dapat memartabatkan imej pihak polis di kalangan masyarakat Malaysia.

‘Polis Evo’ akan bertemu penonton di seluruh negara pada 17 September depan.

 

Tinggalkan komen anda