
Oleh Diyana Zamri
KUALA LUMPUR, 30 OGOS (MalaysiaAktif) – Wakil Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM), Dollah Tekoi, mempersoalkan kedudukan Orang Asli yang dikatakan “anak emas” Kerajaan.
Beliau yang berasal dari Segamat, Johor berkata hak Orang Asli dicabuli Kerajaan.
“Orang Asli dikatakan “anak emas” kerajaan, tetapi sebenarnya Orang Asli Anak tiri kerajaan. Tanah orang Asli diambil untuk “pembangunan.”
“Kami mahukan hak sebagai rakyat Malaysia dikembalikan,” Dollah berkata demikian ketika berucap berhampiran Stesen LRT Masjid Jamek.
Menurut beliau, kira-kira 200 Orang Asli turut hadir ke Dataran Merdeka untuk memberi sokongan kepada Perhimpunan Bersih 4.