Skip to main content
HomeViral

Komuniti LGBT Turut Serta Perhimpunan Bersih 4

By 30 Ogos 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR, 30 Ogos — Beberapa orang ahli pergerakan lesbian, gay, dwiseksual dan transgender (LGBT) hari ini turut hadir menyertai perhimpunan Bersih 4.

Menurut akhbar The Star, seorang penyokong LGBT, Chong Yee Shan berkata, ” Kami mengibarkan bendera kami untuk memberitahu orang bahawa komuniti LGBT menyokong Bersih 4.”

“Kami juga mahu supaya setiap orang tahu bahawa tiada apa yang tidak baik mengenai bendera pelangi kami,” tambahnya.

Chong berkata komuniti LGBT tidak mahu menjadi seperti gajah dalam bilik yang tidak dipedulikan orang,

“Saya mahu mereka melihat kami dan berharap ada yang sudi hampir dan bercakap dengan kami dan berbincang.”

Chong juga menggalakkan lebih ramai yang berbuat demikian.

Beliau berkata, “Itu caranya berhubungan dengan orang lain dan memulakan komunikasi supaya mereka belajar memahami komuniti LGBT,” kata Chong.

 

Tinggalkan komen anda