Skip to main content
HomeViral

Warga Somalia Mati Terjun Dari Kondo

By 20 Ogos 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

 

Oleh Diyana Zamri

KUALA LUMPUR, 20 OGOS (MALAYSIAAKTIF) – Seorang lelaki warganegara Somalia, Hussein Mohamed Haji Rabi, 44 tahun, disahkan meninggal dunia kerana dipercayai terjun dari balkoni Tingkat 7, Villa Putra Condo di Jalan Tun Ismail semalam.

Ketika kejadian, Pusat Kawalan Dang Wangi, Kuala Lumpur menerima panggilan daripada Ketua Pengawal Keselamatan kondominium tersebut kira-kira pukul 4.55 petang. Paramedik dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) tiba di lokasi dan pembantu perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Hasil pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan patah anggota badan.

Menurut pihak polis, mangsa mempunyai sejarah keadaan mental yang tidak stabil sebelum ini. Saksi kejadian berkata, mangsa pernah mendapatkan rawatan sakit mental di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada penghujung 2014.

Mangsa dikatakan berhenti mengambil ubat setelah kehabisan ubat yang di preskripsi oleh doktor.

Saksi turut berkata, mangsa pernah memberitahunya dia terkena sihir dan buatan orang sehingga dimasukkan ke HKL.

Mayat mangsa dibawa ke HKL untuk bedah siasat dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Tinggalkan komen anda