Skip to main content
Home

Diesel Euro 5 Kini Boleh Didapati Di Lembah Klang

By 7 Ogos 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh Dila Khamde

 KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Malaysiaaktif) – Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol)  syarikat petroleum pertama di Malaysia menawarkan disel bergred Euro-5 di Lembah Klang.

Inifiniti Euro 5 Diesel sebelum ini telah pun dijual di stesen-stesen BHPetrol di Johor sejak November 2014.

Bahan api yang diimport sepenuhnya ini diperkuatkan dengan aditif formula Jerman pada kadar maksimum dan dijual pada harga RM2.05 seliter.

Kandungan sulphur dalam formula petrol Disel Euro 5 hanya 10 ppm, berbanding 500 ppm dalam disel Euro 2M. Selain mampu mengurangkan pengeluaran bahan pencemaran berbahaya, formula ini juga melanjutkan jangka hayat enjin disel moden.

Pengarah Urusan Boustead Petroleum Marketing Sdn. Bhd., Tan Kim Thiam berkata, “Kami meletakkan sasaran untuk menawarkan diesel Euro 5 di 20 stesen minyak BHPetrol di sekitar Lembah Klang sehingga akhir September ini.

“Walaupun memiliki 150 stesen minyak di sekitar Lembah Klang, langkah menawarkan diesel Euro 5 di semua stesen itu bakal mendatangkan kos tambahan kerana ia memerlukan lori tersendiri dan kemudahan pengagihan. Ia perlu dilaksanakan secara berperingkat.

“Dalam jangka masa panjang kami sedia untuk memperkenalkan diesel baharu ini di negeri-negeri lain, mungkin akan bermula di Melaka atau Negeri Sembilan. Apapun ia tertakluk kepada kelulusan kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas majlis memperkenalkan Infiniti Euro 5 Diesel di sini pada Khamis.

Petrol Infiniti yang dilancarkan pada 2008 dan seterusnya pada 2010 ditambahbaik dengan formula baharu.

Ini disusuli dengan petrol premium Infiniti Advanced 2X yang menggabungkan  aditif-aditif berkuasa tinggi juga dari Jerman.

BHPetrol akan memperkenalkan  petrol baharu, RON97 Euro4M.

 

 

Tinggalkan komen anda