Skip to main content
EkonomiHomeViral

Agrofest 2015 Peringkat Negeri Perak Tarik 55 Ribu Pengunjung

By 21 September 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh : Asmaya Ali (Perak)

IPOH, 21 Sept (Malaysiaaktif) — Lebih 55 ribu orang mengunjungi Agrofest 2015 Peringkat Negeri Perak sejak Khamis lalu.

Jualan pelbagai produk berjumlah lebih RM700, 000 dicatatkan oeh 178 buah gerai yang mengambil bahagian sepanjang lima hari pesta tersebut.

Dalam pada itu,  Pertandingan Penternak Lembu Penjantan di menangi oleh Ahmad Husaini Mokhtar, manakala Penternak Kambing Penjantan dimenangi oleh Tharmenthiran a/l Saravanamuthu.

 

20150921024511 (1)

 

Aktiviti lain yang turut diadakan, termasuk Pameran Ikan Arowana, Pameran Ikan Beta, Demonstrasi Masakan oleh Lembaga Pamasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Pertandingan Bintang Patriotik.

Walaupun pertama kali Agrofest Perak diadakan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng, ia tetap mendapat sambutan daripada pengunjung. Sebelum ini Agrofest peringkat negeri diadakan di sekitar Ladang InfoTernak Sungai Siput.

Majlis penutup Agrofest 2015 Peringkat Negeri Perak di rasmikan oleh Exco Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Perladangan, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan, Datuk Haji Sharaani Haji Mohamad.

Agrofest Perak 2015 berakhir pada pukul 10.00 malam ini.

 

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda