Skip to main content
Home

Mohd Khusairi Dilantik Pengerusi Baharu FINAS

By 21 September 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Syed Hisham Shah (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 21 Sept (Malaysiaaktif) – Majlis penyerahan surat pelantikan pengerusi baharu Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) diadakan di Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) tengah hari tadi.

Majlis menyaksikan Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, 54, dilantik berkuat kuasa 9 September hingga 8 September 2017.

Mengulas mengenai pelantikan itu, Mohd Khushairi menyifatkannya sebagai satu amanah dan mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Naib Tun Razak dan Menteri KKMM Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak untuk memimpin sebuah perbadanan penting dalam usaha memartabatkan filem tempatan.

Mohd Khusairi, yang juga Ketua Penerangan Umno Perak menggantikan penyandang jawatan itu Datuk Seri Azalina Othman Said, yang dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam rombakan kabinet pada 28 Julai lepas.

Majlis pelantikan disempurnakan oleh Mohd Salleh.

 

Tinggalkan komen anda