Skip to main content
HomeViral

Format Baharu Untuk Semua Calon UPSR Mulai 2016

By 28 September 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa

PUTRAJAYA, 28 September (Malaysiaaktif) –  Mulai 2016, calon-calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan menduduki enam kertas utama, iaitu Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan, Bahasa Inggeris Pemahaman, Bahasa Inggeris Penulisan, Sains dan Matematik.

Menurut Pengarah Peperiksaan Kementerian Pendidikan, Datin Nawal Salleh, “Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) telah membuat rombakan kepada semua subjek Bahasa termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil yang dipecahkan kepada soalan Pemahaman dan Penulisan.

Tambahnya, format baharu tersebut juga memperlihatkan kepelbagaian soalan objektif dan subjektif dalam semua subjek Bahasa, sejajar dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan melengkapi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang membudayakan aspek Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Bagaimanapun UPSR masih berbentuk ujian bertulis 100 peratus peperiksaan pusat, seperti tahun-tahun sebelumnya,” katanya ketika di sidang akhbar di Putrajaya pagi tadi.

UPSR sebelum ini hanya memerlukan calon menduduki lima kertas, iaitu Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

Format dan contoh insturmen UPSR 2016 boleh dimuat turun di www.lp.edu.my mulai hari ini.

 

Tinggalkan komen anda