Skip to main content
HomeViral

Jerebu: Maktab Rendah Sains MARA Beroperasi Seperti Biasa

By 28 September 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Malaysiaaktif) — Semua Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) beroperasi seperti biasa walaupun jerebu melanda negara.

Kenyataan yang baharu dikeluarkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA), memetik Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ini kerana MRSM melaksanakan Pendidikan Secara Berasrama Penuh Berstruktur yang membolehkan ianya beroperasi seperti biasa.

Bagaimana pun, menurut kenyataan itu lagi, pelajar tidak dibenarkan menjalankan kegiatan luar bilik darjah dan mereka juga dibekalkan topeng muka, selain di galakkan minum banyak air.

Pada masa ini pelajar-pelajar MRSM sedang giat mengulang kaji pelajaran sebelum menduduki peperiksaan tidak lama lagi.

MARA juga menegaskan bahawa pihak pengurusan di MRSM juga sentiasa mengambil berat kebajikan para pelajar dengan memantau tahap kesihatan mereka.

Di samping itu, solat hajat secara berterusan turut dilaksanakan di seluruh Institusi Pendidikan MARA (IPMa) bagi memohon agar masalah jerebu yang melanda negara dapat diatasi dengan segera.

 

Tinggalkan komen anda