Skip to main content
HomeViral

Jerebu: Pembenihan Awan Dibuat Tiga Hari Mulai Hari Ini

By 15 September 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh: Faris Fuad

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Malaysiaaktif) –Pembenihan awam akan dibuat selama tiga hari mulai hari ini bagi mengurangkan jerebu yang teruk di beberapa kawasan.

Pengarah Bahagian Sains Atmosfera dan Pembenihan Awan, Jabatan Meteorologi Malaysia, Maznorizan Mohamad berkata proses pembenihan akandilaksanakan di Lembah Klang, selatan Perak, barat Pahang, Negeri Sembilan, Melaka serta selatan dan barat Sarawak.

Beliau turut memaklumkan operasi itu menggunakan dua pesawat Hercules C130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berpangkalan di Subang dan Kuching.

“Hujan dijangka berlaku selepas beberapa jam proses itu dilaksanakan dan ia boleh berlanjutan selama sejam dan diharap mampu meredakan keadaan jerebu di kawasan terlibat,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau menekankan bahawa proses pelaksaan tersebut perlu dibuat secara teliti dengan dengan mengambil kira keadaan awan dan atmosfera.

Dalam pada itu, Maznorizan berkata pihaknya menjangka pertukaran angin barat daya kepada angin dari arah timur  lewat jumaat ini.

“Perkembangan itu akan membantu meredakan jerebu yang dibawa angin barat daya dari kawasan berjerebu di Sumatera, Indonesia,” jelasnya lagi.

 

Tinggalkan komen anda