Skip to main content
EkonomiHomeViral

Mercu Mustapha Kamal, Bangunan Pintar Pertama EMKAY

By 15 September 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa

PETALING JAYA, 15 Sept (Malaysiaaktif) – Kumpulan EMKAY yang berpengalaman lebih 32 tahun dalam industri hartanah terus melangkah maju dengan pembinaan Mercu Mustapha Kamal, bangunan berteknologi pintar pertama mereka.

Mercu Mustapha Kamal bakal mengubah lanskap Bandaraya Petaling Jaya dari aspek menghubungkan kehijauan mampan, paparan papan digital yang mudah dilihat serta akses yang fokus kepada usaha mengeratkan jurang komuniti.

 

emkayneo

Majlis dilancarkan dengan perjanjian ditandatangani Pengarah Eksekutif Paradigma Intan Sdn Bhd, Datuk Hajjah Fazwinna Tan Sri Mustapha Kamal dan Pengarah Urusan MKN AT-Life Sdn Bhd Haji Azmil Khuzaid Zakaria.

 

Bertempat di Neo Damansara Perdana, bangunan pintar ini merangkumi Menara 1 setinggi 27 tingkat dengan keluasan 285 091 kaki persegi dan Menara 2 setinggi14 tingkat dengan keluasan 213 719 kaki persegi. Bangunan ini dijangka siap sepenuhnya Oktober 2016.

Menurut EMKAY, dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM385 juta, bangunan ini mematuhi piawaian “emas” Indeks Bangunan Hijau (GBI).

Ini bermakna ia mengurangkan 50 peratus penggunaan tenaga, selain kawalan semulajadi dengan pengezonan secara automatik, lampu jimat tenaga, pengurusan pembuangan sisa pepejal, ‘sky garden’ di setiap dua tingkat bangunan, penjimatan air sehingga 50 peratus dan sistem solar PV yang mengurangkan kadar karbon dioksida.

Berstatus Koridor Raya Multimedia, MSC, Mercu Mustapha Kamal memberi kemampuan berhubung dengan komuniti global, sesuai sebagai pejabat syarikat multinasional dengan persekitaran luar daripada kesibukan pusat bandar.

Majlis  dilancarkan dengan perjanjian yang ditandatangani oleh Pengarah Eksekutif Paradigma Intan Sdn Bhd, Datuk Hajjah Fazwinna Tan Sri Mustapha Kamal dan Pengarah Urusan MKN AT-Life Sdn Bhd Haji Azmil Khuzaid Zakaria di Neo Damansara Perdana pagi tadi.

 

Tinggalkan komen anda