Skip to main content
HomeViral

Jerebu Tidak Halang Hari Pertama UPSR

By 8 September 2015Tiada komen1 minit bacaan
Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa

PUTRAJAYA, 8 September (Malaysiaaktif) –  Seramai 455, 929 orang pelajar tahun enam di seluruh negara menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di 8172 sekolah di seluruh Malaysia bermula hari ini.

Menyentuh isu jerebu, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzhir Khalid yang ditemui di SK Presint 8 (1) Putrajaya pagi tadi berkata pihak kementerian membuat pemantauan sebanyak dua kali sehari.

Beliau berkata, pihak sekolah digalakkan menyediakan penutup hidung dan mulut jika keadaan jerebu mencapai tahap tidak sihat.

Tambah beliau, bagi mengelakkan kes soalan bocor pihak kementerian telah menambah baik prosedur sedia ada, selain memastikan 414 buah bilik kebal yang menyimpan kertas soalan berada dalam keadaan selamat.

Calon peperiksaan, adik Muhammad Zulnasri Ahmad Faizal antara ribuan yang menduduki ujian tersebut. Baginya, walaupun mengalami kecederaan berikutan lgamen pada kakinya terkoyak ketika terjatuh sewaktu program motivasi dua minggu lalu, dia tetap optimis untuk berjaya dalam UPSR.

Menurut ibunya, Ku Nor Azean, walaupun dalam keadaan sakit, sakit anaknya tetap bersemangat belajar di rumah dengan membuat latih tubi selain menonton program pendidikan di televisyen.

Guru-guru sekolah juga menggunakan setiap hujung minggu bermula empat bulan yang lalu membuat kelas tambahan bagi memastikan kejayaan para pelajar.

UPSR akan berlangsung sehingga Khamis ini.

 

Tinggalkan komen anda