Skip to main content
HomeKolumnisViral

Kesal Tindakan Bersih 4 Pertikai Kredibiliti Kerajaan – Ali Rustam

By 16 September 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh: Faris Fuad

KUALA LUMPUR, 16 Sept (Malaysiaaktif) – Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Tan Sri Mohd Ali Rustam melahirkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan peserta Himpunan Bersih 4 yang memfitnah serta mempertikaikan kredibiliti Kerajaan.

Sebagai penganjur, beliau berpendapat perhimpunan “Baju Merah” itu merupakan tanda solidariti sekali gus mendokong teras dan keadilan sosial seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

“Saya rasa marah terhadap Bersih 4 yang menghina Perdana Menteri, negara dan agama dan mengutuk sekeras-kerasnya peserta perhimpunan itu yang cuba meruntuhkan kerajaan berdemokrasi,” katanya ketika berucap di Stadium Merbok hari ini.

“Tujuan perhimpunan ini adalah untuk tunjukkan rasa sayang kepada negara.”

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan peserta “Baju Merah” supaya menjaga kelakuan masing-masing sepanjang perhimpunan itu berlangsung.

“Perhimpunan ini mesti mengikut peraturan yang diberikan, kita mesti hormati rukun negara.”

Sebelum ini, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menasihatkan agar mana-mana pihak yang ingin menyertai perhimpunan supaya mematuhi segala peraturan yang ada.

Setakat pukul tiga hari ini dilaporkan lebih 50 ribu peserta berkumpul di Stadium itu dan segelintir daripada mereka menyanyikan lagu “Jalur Gemilang.”

 

Tinggalkan komen anda