Skip to main content
HomeViral

Kuching, Samarahan Catat IPU Sangat Tidak Sihat

By 17 September 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh: Faris Fuad

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Malaysiaaktif) – Kuching dan Samarahan mencatatkan bacaan indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat setakat 10 pagi hari ini.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di Kuching merekod bacaan 209, manakala Samarahan mencatat bacaan 207 .

Jabatan Pendidikan Sarawak memaklumkan pagi tadi bahawa mereka akan menutup sekolah di Kuching, Samarahan, Padawan, Lundu dan Bau ekoran bacaan IPU tidak sihat.

Dalam pada itu, terdapat 12 lokasi lain mencatat rekod tidak sihat dengan IPU antara 100-200.

Ini termasuk Bandaraya Melaka (120), Bukit Rambai (124), Nilai (107), Port Dickson (109), Seremban (114), Kapit (135), Sarikei (111), Sibu (105), Sri Aman (129), Banting (114), Shah Alam (105) dan Putrajaya (105).

Untuk maklumat lanjut berkaitan bacaan IPU semasa, orang ramai boleh melayari laman web www.apims.doe.gov.my

Sekolah di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka yang ditutup kelmarin dibuka hari ini berikutan  penurunan bacaan IPU di bawah paras 150.

 

Tinggalkan komen anda