Skip to main content
HomeViral

10 Penulis Tionghua Terima Penghargaan

By 17 September 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Malaysiaaktif) – Bertitik tolak daripada pelancaran buku Datuk Goh Hin San yang bertajuk ‘Sumbangan Keturunan Tionghua Malaysia dan Singapura terhadap Bahasa dan Sastera Melayu oleh Tan Sri Rais Yatim pada 8 Disember 2014, satu perjanjian termeterai bagi mengiktiraf penulis Tionghua yang banyak berjasa dalam pembinaan dan perkembangan sastera Melayu.

Majlis Penghargaan Penulisan Bahasa Kebangsaan kepada 10 Penulis Tionghua telah disempurnakan oleh Penasihat Sosial dan Kebudayaan Kerajaan Tan Sri Dr Rais Yatim  di Menara Dewan Bahasa pagi tadi.

Mereka yang terpilih telah menyumbang tenaga dan ilmu pengetahuan dalam bentuk penulisan dengan menggunakan bahasa kebangsaan. Berikut merupakan senarai penerima;

  1. En. Chai Loon Guan
  2. Pn. Lee Sai Fa
  3. En. Goh Teck
  4. En. Cheng Yan Poh
  5. Dr. Chong Swee Huat
  6. En. Lai Yoke Choi
  7. En. Cheng Song Huat
  8. En. Woo Tack Lok
  9. En. Teo Huat
  10. En. Goh Then Chye

Mereka menerima sumbangan RM5 000, sebuah buku Pantun dan Bahasa Indah Jendela Budaya Melayu karya Tan Sri Rais Yatim dan watikah pelantikan.

Menurut Teong Huat yang juga penerima Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan 2005, selain telah menerbitkan lebih 40 buah buku, “kalau nak menggalakkan orang bukan Melayu untuk belajar bahasa kebangsaan yang penting sekali dia perlu mencintai bahasa Malaysia.

“Kalau dia cintai bahasa, dia sendiri akan pergi belajar, bukan dengan paksaan. Sekarang dalam sekolah, terlalu banyak paksaan dalam pembelajaran sehingga pelajar takut kepada bahasa itu, ” katanya.

Dalam majlis yang sama, Tan Sri Rais Yatim turut menyampaikan sumbangan oleh Yayasan Warisan Negara berjumlah RM15, 000 kepada Presiden Pusat Kebudayaan Han Malaysia Datuk Goh Hin San untuk meneruskan kegiatan bahasa dan persuratan kebangsaan.

 

Tinggalkan komen anda