Skip to main content
HomeViral

Mahkamah Persekutuan Kekalkan Sabitan Salah Khir Toyo

By 22 September 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

PUTRAJAYA, 22 Sept — Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo yang didapati bersalah mendapatkan untuk dirinya dan isteri dua lot tanah serta sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam lapan tahun lalu.

Beliau dituduh mendapatkan untuk dirinya dan isteri, Zahrah Kechik, 48, hartanah bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta lapan tahun lalu daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya Datuk Shamsuddin Hayroni.

Panel lima hakim dipengerusikan oleh Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Mohamad Khir, 50, terhadap sabitan bersalah.

Panel lain adalah Tan Sri Ahmad Maarop; Tan Sri Hasan Lah; Tan Sri Jeffery Tan Kok Hwa; dan Datuk Ramly Ali.

Penghakiman yang dibacakan Kok Wha menyebut bahawa panel mencapai keputusan itu berdasarkan beberapa alasan, antaranya pertuduhan yang dibuat beliau tidak mempunyai sebarang kecacatan dan beliau selaku menteri besar, adalah seorang penjawat awam ketika melakukan kesalahan itu.

Bagaimanapun sehingga laporan ini ditulis, prosiding ke atasnya ditangguhkan selama 30 minit untuk membolehkan peguam membuat rayuan meringankan hukuman.

Pada 30 Mei 2014,Mohamad Khir, 49, merayu keputusan Mahkamah Rayuan  yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara atas tuduhan mendapatkan untuk beliau dan isteri, Zahrah Kechik, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8 & 10, Jalan Suasa, Jalan Suasa 7/1L di Shah Alam bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta.

–MStar

 

Tinggalkan komen anda