Skip to main content
EkonomiHomeViral

PVATM Sambut Baik Blueprint Veteran 1Malaysia

By 22 September 2015September 26th, 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Aimi Huwaina & Diyana Zamri

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Malaysiaaktif) — Presiden Persatuan Veteran ATM (PVATM), Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor menyambut baik pengumuman Blueprint Veteran 1Malaysia yang diumumkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein baru-baru ini.

“Ini satu-satunya masa tepat untuk Kementerian Pertahanan bersama Persatuan Veteran menggembeling ataupun seiring dan senada melakukan beberapa kaedah dan pendekatan untuk menangani permasalahan dan juga mewujudkan beberapa inisiatif membela nasib semua veteran di Malaysia,” beliau berkata.

Mohd Anwar turut menekankan penambahbaikan pemilikan rumah mampu milik veteran. Menurutnya, sehingga kini seramai 693 veteran sedang menunggu giliran untuk membina rumah, manakala lebih 900 veteran masih di dalam senarai membaik pulih rumah.

“Saya bersama persatuan mencadangkan supaya kuota ini dinaikkan, ditambah kalau boleh baik pulih kepada 200 dan membuat rumah yang baru pun kita naikkan 200 buah rumah,” katanya lagi.

Sebelum ini Hishammuddin menyatakan bahawa sebuah makmal telah diwujudkan bagi memperincikan kandungan rangka tindakan. Sebanyak sepuluh daripada 12 perkara yang diperjuangkan PVATM telah dibincangkan dalam makmal itu.

Sementara itu, Mohd Anwar hari ini dipilih sebagai Timbalan Presiden World Veteran Federation (WVF) bagi sesi 2015-2018.

WVF mempunyai  keahlian sebanyak 172 persatuan dari 121 buah negara di seluruh dunia.

Misi WVF adalah untuk mempromosi kesejahteraan, memberi pertolongan kepada veteran dan mangsa peperangan, serta membantu komuniti antarabangsa dalam mewujudkan keselamatan dan keamanan sejagat.

 

Tinggalkan komen anda