Skip to main content
HomeViral

Lima Lokasi Rekod IPU Tidak Sihat Setakat Pukul 3 Petang

By 26 September 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh: Faris Fuad

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Malaysiaaktif) – Portal Jabatan Alam Sekitar mencatatkan lima lokasi mempunyai Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat pukul 3.00 petang ini, dengan Balok Baru, Pahang merekodkan bacaan tertinggi 132.

Kemaman, Terengganu (127) Bandaraya Melaka (127), Indera Mahkota, Pahang (114) dan Batu Muda, Kuala Lumpur (106) juga mecactkan tahap tidak sihat.

Sebanyak 37 kawasan lain turut mencatatkan bacaan IPU sederhana, iaitu Cheras (100), Putrajaya (99), Bukit Rambai (96), Kuching, Muar serta  Paka (93) dan Port Dickson (92).

Sementara itu, Kapit (49), USM (44c) Seri Manjung dan Limbang (43) dan Tanah Merah (39) antara sembilan kawasan yang merekodkan bacaan IPU sihat.

Menurut Jabatan Metrorologi Malaysia, IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Sehubungan itu, jabatan tersebut mengingatkan orang ramai supaya memadamkan kebakaran kecil atau melaporkan segera kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 bagi mengelakkan pembakaran terbuka.

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa terkini.

 

Tinggalkan komen anda