Skip to main content
Viral

Panduan Pengurusan Klinikal (CPG) Edisi Ketiga Dilancarkan

By 4 September 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Syed Hisham Shah

 PUTRAJAYA, 4 September (Malaysiaaktif) – Setiap hari pelbagai inisiatif dilakukan pelbagai pihak untuk menangani masalah denggi, tetapi hingga ke saat ini masalah ini masih belum dapat diselesaikan.

Tahun ini sahaja sebanyak 216 kematian direkodkan, iaitu peningkatan sebanyak 71.4% berbanding tahun lalu.

Daripada audit klinikal yang dijalankan Kementerian Kesihatan Malaysia, antara punca utama dikenalpasti termasuk penangguhan dalam diagnosis yang tepat, meremehkan keseriusan wabak denggi dan kurang kesedaran tentang kegagalan organ.

Dalam memastikan kes denggi diuruskan sebaiknya, perubahan pengurusan turut dilaksanakan.

Antara usaha yang dilakukan Kementerian Kesihatan adalah dengan membangunkan Clinical Practice Guidelines (CPG) yang telah diguna pakai sejak 1997-2008 lagi. Kini, edisi ketiga garis panduan tersebut digunakan.

Hari ini, majlis pelancaran Clinical Practice Guidelines (CPG) on Management of Dengue in Adults edisi ketiga telah diadakan. Garis panduan tersebut antara lainnya bertujuan sebagai panduan utama dalam mengendalikan latihan kesihatan berkaitan pengurusan denggi di seluruh negara dalam meningkatkan keberkesanan pengurusan kes denggi di Malaysia.

Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Dr. S. Subramaniam dalam ucapannya turut berharap agar semua pengarah kesihatan negeri dapat memastikan program latihan yang dirangka dapat dijalankan sepenuhnya.

 

Tinggalkan komen anda