Skip to main content
EkonomiHomeViral

Ke Arah Filem Tempatan Antara Terbaik Di Dunia

By 4 September 2015Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 

Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Malaysiaaktif) – Festival Filem Malaysia ke-27 esok disemarakkan dengan pelancaran Ekspo Filem Malaysia 2015 yang dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Menteri merangkap Pengerusi Finas, Datuk Seri Azalina Othman Said di Kuala Lumpur Convention Centre pagi tadi.

Menurut Azalina, FINAS kini dalam usaha merangka filem tempatan yang layak dicalonkan untuk anugerah Oscar.

Beliau berkata, usaha yang memakan masa selama tiga tahun ini dilihat dapat meletakkan nama Malaysia sebagai sebuah negara yang telah menghasilkan pelbagai filem terbaik dunia.

Menurut Azalina, menerusi Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN), sejumlah RM7.2 billion bakal dijana dalam tempoh setahun dan seterusya membuka 50 ribu peluang pekerjaan menjelang 2020.

Tambahnya, pengusaha filem perlu berani keluar daripada zon selesa dan menghasilkan karya bertaraf antarabangsa.

Azalina berkata kunci kejayaan filem terletak pada cara sesebuah kisah diceritakan yang disokong lakonan berkesan, kisah menarik, mudah difahami dan disampaikan secara ‘segar.’

Ekspo Filem Malaysia 2015 merupakan program sehenti untuk penggiat industri berkongsi ilmu, kepakaran dan teknologi.

Ekspo ini juga membolehkan orang ramai boleh melihat sendiri pameran pelbagai aspek industri filem, seperti mengarah, animasi, dan teknik skrin hijau.

 

Tinggalkan komen anda