Skip to main content
HomeViral

Peruntuk APMM Helipkoter Untuk Operasi Bantuan Bencana

By 11 September 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh: Faris Fuad

LANGKAWI, 11 Sept (Malaysiaaktif) – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata sebuah helikopter akan diberikan kepada Aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bagi tujuan operasi bantuan bencana.

Beliau mengesahkan bahawa cadangan itu mendapat persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana ia tanggungjawab kerajaan terhadap kebajikan rakyatnya.

“Perdana Menteri bersetuju secara dasarnya, jadi pembelian akan dibuat. Walaupun sekarang kita menghadapi kekangan ekonomi tetapi ini keperluan,” katanya ketika ditemui media selepas menyempurnakan upacara pemakaian pangkat ke atas Ketua Pengarah APMM baharu, Laksamana Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar di Langkawi, Kedah hari ini.

Menurutnya, helipkopter tersebut boleh memuatkan sehingga 20 orang berbanding helicopter biasa yang hanya dapat memuatkan enam hingga lapan orang.

Dalam pada itu, kerajaan juga akan memperuntukkan lebih banyak bot pancung bagi meronda kawasan perkampungan di beberapa negeri.

“APMM sudah ada bot-bot pancung yang digunakan untuk membuat rondaan dan operasi di kawasan ESSCom (Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah) dan kita akan menambah jumlahnya,” katanya.

Selain itu, salah satu inisiatif APMM adalah untuk memperkenalkan skim Sukarelawan Maritim .

Shahidan berkata penubuhan skim tersebut akan diperkenalkan di peringkat sekolah menerusi penubuhan Pasukan Kadet Maritim.

Tinggalkan komen anda