Skip to main content
HomeViral

PDRM Tegas Membanteras Judi ‘Online

By 11 September 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Pradeeb Kumar Velayutham

SELANGOR, 11 September 2015 (MalaysiaAktif) –  Sebanyak 31,797 unit mesin judi berkomputer bernilai RM8.2 juta berjaya dirampas Polis Selangor hasil serbuan di premis perjudian seluruh negeri sejak Januari hingga Ogos tahun ini.

Menurut Ketua Polis Selangor, CP Datuk Abdul Samah Hj Mat, bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini pula sebanyak 31,797 mesin perjudian, 11,267 komputer riba, 526 tablet dan 147 telefon bimbit dirampas.

“Polis turut menahan 3,381 individu dipercayai pemilik dan pemain judi bagi tujuan siasatan dan pendakwaan.

“Pihak kami tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menjalankan aktiviti perjudian dan pemantauan berterusan akan dilaksanakan,” katanya pada Majlis Pelupusan Mesin Perjudian Komputer 2015 di Balai Polis Ara Damansara disini semalam yang memperlihatkan sebanyak 7,026 mesin judi dilupuskan bagi daerah Petaling Jaya.

 

Tinggalkan komen anda