Skip to main content
EkonomiHomeViral

Program Bantuan Di Mukim Kenering Menjelang Aidil Adha

By 15 September 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Nor Fasharina Kholil (Perak)

LENGGONG, 14 Sept (Malaysiaaktif) – Seramai 200 orang daripada golongan kurang berkemampuan dan ibu tunggal menerima bantuan sumbangan Kerajaan Negeri Perak dan Yayasan Bina Upaya di sini semalam.

Sumbangan diberikan kepada penduduk sekitar Mukim Kenering bagi membantu mengurangkan beban kumpulan sasar, terutama menjelang sambutan Hari Raya Aidil Adha nanti.

Majlis sebahagian daripada agenda program Pemimpin Bersama Rakyat ini dihadiri kira-kira 700 orang.

Pihak penganjur turut membantu membaiki lapan buah rumah yang mengalami kerosakan pada bumbung.

 

20150914212040

Kedai Bergerak Amanjaya turut mengambil bahagian dengan tawaran diskaun 10 peratus ke atas semua pembelian.

 

Sebuah kedai bergerak Amanjaya yang mengambil bahagian dalam program ini menawarkan diskaun 10 peratus ke atas setiap pembelian, sementara Giatmara Lenggong menyediakan khidmat servis motosikal secara percuma kepada orang ramai.

Suri rumah, Munira Sulaiman, 29, berpendapat program ini dapat meringankan beban kumpulan sasar, memandangkan kenaikan kos sara hidup sekarang.  Beliau berpuas hati dengan Kedai Bergerak Amanjaya yang menawarkan harga barang lebih rendah daripada harga pasaran.

Bagi Safwan Hj. Khalib,19, khidmat servis motosikal yang ditawarkan oleh Giatmara Lenggong bukan sahaja dapat membantu golongan belia, tetapi juga dapat mempelajari selok belok membaiki motosikal.

Turut hadir dalam majlis ini, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian,Perladangan, Penerangan dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Perak Datuk Saarani Mohamad dan ADUN Kenering DatukMohamad Tarmizi Idris.

 

Tinggalkan komen anda