Skip to main content
EkonomiHomeViral

“Success of Air Tebu” Membantu Peniaga di Pulau Pinang

By 15 September 2015Tiada komen2 minit bacaan
Oleh Ahmad Faiz Mansur, Azrul Hasan, Eliasak Omar (Pulau Pinang)

GEORGETOWN, 15 Sept (Malaysiaaktif) — Kejayaan air tebu diteruskan dengan program peringkat negeri Pulau Pinang hari ini.

Program “Success Story of Air Tebu” merupakan kesinambungan projek perintis peniaga air tebu di Kuala Lumpur dan Putrajaya yang bertujuan memastikan peniaga air tebu mematuhi segala prosedur yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pada dasarnya, menerusi program ini, aspek kebersihan dan keselamatan amat penting dalam menjaga kualiti air tebu yg dijual agar selamat diminum dan menghindari berlaku keracunan makanan.

 

20150914232425 (1)

 

Seramai 15 peniaga air tebu di Pulau Pinang dipilih sebagai kumpulan perintis. Mereka didedahkan kepada cara penyediaan dan pengendalian gerai air tebu.

Setiap peserta perintis ini dibekalkan pelbagai peralatan, termasuk tong sampah, sarung tangan, apron dan sabun pencuci tangan.

Peniaga tebu yang berjaya dalam program ini akan diiktiraf oleh KKM dan dibenarkan menggunakan label ‘Bersih, Selamat, Sihat’ (BESS).

Bagi peserta, program seperti ini memberikan manfaat yang membantu dalam usaha menjayakan perniagaan mereka.

Seorang peniaga, Omar Man, 57, dari Bukit Gedong, Bayan Baru berasa bertuah memperoleh tunjuk ajar melalui program ini.

Beliau yang telah mengusahakan perniagaan air tebu selama 21 tahun berharap agar tunjuk ajar yang diberikan dapat membantu perniagaannya terus berkembang dan mampu memperoleh pendapatan yang lebih baik di masa akan datang.

 

20150914232425

Peniaga air tebu, Omar Man berasa program ini memanfaatkan perniagaan beliau.

 

Program “Success Story of Air Tebu” ini dirasmikan oleh Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan Pulau Pinang, Dr. Afif Bahardin, di KOMTAR.

Program ini anjuran bersama Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang.

 

Tinggalkan komen anda