Skip to main content
GlobalHomeViral

Tun Mahathir Setuju Terima Anugerah ‘Star of Soekarno’

By 15 September 2015Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

PUTRAJAYA 14 Sept – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam menyatakan persetujuan untuk menerima anugerah penghormatan Star of Soekarno daripada Yayasan Pendidikan Soekarno (YPS) dan Universitas Bung Karno (UBK), Jakarta pada 27 September ini.

Persetujuan itu disampaikan sendiri oleh Dr. Mahathir kepada pengasas YPS, Ibu Rachmawati Soekarnoputri yang mengetuai rombongan enam orang pimpinan YPS dan UBK menemui bekas Perdana Menteri itu di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, pagi Isnin.

Turut hadir dalam pertemuan itu, Ketua YPS, Benny Soemarno; Timbalan Rektor UBK, M. Marhaendraputra; Ketua Bahagian Perhubungan Awam UBK, Michel Hutasoit dan anggota lembaga YPS, Teguh Santosa.

Dalam pertemuan selama 45 minit itu, Rachmawati menyatakan bahawa anugerah penghormatan Star of Soekarno diberikan atas jasa dan peranan serta sumbangan besar Tun Dr. Mahathir memajukan Malaysia sehingga menjadi inspirasi banyak bangsa dan negara di dunia.

Menurut Rachmawati, penghormatan itu juga berikutan Dr. Mahathir seorang pejuang perdamaian dan keadilan sejagat terutama dalam bidang hak asasi manusia.

Tun Dr. Mahathir pula menyatakan terima kasih atas penghargaan itu dan menyatatan komitmen untuk hadir sendiri menerima anugerah penghormatan tersebut.

“Jasa Presiden Soekarno tidak boleh kita lupakan. Dia yang pertama kali menyebut tentang penjajahan ekonomi. Saya masih ingat itu,” ujar Tun Dr. Mahathir.

Sementara itu, pada tahun ini, YPS dan UBK juga memberi penghormatan dengan anugerah yang sama kepada Raja Morocco, Raja Muhammad VI dan Raja Abdullah II dari Jordan.

 

Tinggalkan komen anda