
Oleh Shuhaimi Ahmad (Terengganu)
KEMAMAN, 28 Sept (Malaysiaaktif) — Tiga maut dalam satu kemalangan membabitkan empat buah kereta di Lebuhraya Pantai Timur II (LPT2) pagi tadi.
Kejadian yang berlaku di KM 313.7 laluan Kerteh -Kijal itu dipercayai berpunca daripada sebuah kereta Toyota Vios yang dipandu laju dalam hujan sebelum hilang kawalan, terbalik dan kemudian dirempuh tiga buah kereta dari arah yang sama.
Maut berpunca daripada sebuah kereta Honda Civic yang juga dipandu laju, terbabas dan seterusnya melanggar mangsa di lorong kecemasan.
Semua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
Berikutan kemalangan pada kira-kira pukul 8.50 pagi itu, lorong kecemasan di lokasi lebuh raya berkenaan ditutup kepada lalu lintas.
Polis, ambulans dan anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) bergegas ke tempat kejadian sejurus selepas dimaklumkan.