Skip to main content
Home

Tujuh Rumah Kedai Terbakar di Kuala Nerang Terbakar

By 7 September 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh: Syed Putra Syed Ambon (Kedah)

KUALA NERANG, 7 Sept (Malaysiaaktif) — Sebanyak tujuh buah rumah kedai di Pekan Kuala Nerang musnah dalam kebakaran pada pukul 3.00 pagi awal pagi tadi.

Pegawai Perhubugan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Supritendan Nor Hafizah Muhammad Lukman berkata pihaknya menerima panggilan mengenai insiden itu pada pukul 3.21 pagi sebelum empat jentera dikejarkan ke lokasi tersebut.

“Api berjaya dikawal dalam tempoh setengah jam sebelum kebakaran dipadam sepenuhnya pada 6.30 pagi.

“Punca kebakaran di deretan rumah kedai itu masih dalam siasatan unit forensik bomba,” katanya.

Bomba memaklumkan bahawa tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam kebakaran itu.

Sebahagian besar jalan di kawasan itu ditutup melancarkan pemadaman api dan pencarian mayat.

 

Tinggalkan komen anda