Skip to main content
HomeViral

Penolong Pegawai Penyiasat Didakwa Terima Rasuah RM 26000

By 7 September 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh: Faris Fuad

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Malaysiaaktif) –Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Tajudin Mahadi, 51, hari ini mengaku tidak bersalah di atas enam pertuduhan rasuah melibatkan RM26,000 tiga tahun lepas.

Beliau yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras dituduh memperoleh rasuah berbentuk wang tunai sebanyak RM11,000 daripada peniaga minuman, Low Chin Chew, 31, untuk melepaskan abangnya.

Tajudin juga didakwa disuap peniaga minuman Low Chin Chuan, 34, yang ditangkap dan direman polis kerana terlibat dalam kes bakar kereta di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Insiden itu berlaku kesalahan itu di biliknya, Tingkat 4, Pejabat Team C, IPD Cheras, di sini antara jam 2.30 petang 3 Dis 2012 hingga jam 1.10 tengahari 4 Disember 2012.

Dalam pada itu, beliau juga didapati menerima wang rasuah sebanyak RM 12,000 daripada orang yang sama, bagi tujuan dan lokasi sama pada jam 4 petang 2 Disember 2012 hingga 6 petang 3 Disember 2012.

Bagaimanapun, Tajudin mengesahkan beliau menerima satu suapan wang tunai berjumlah RM3,000 daripada Chin Chew, bagi tujuan dan di tempat sama pada jam 11.21 pagi hingga pukul 11.23 pagi, 4 Disember 2012.

Bagi semua pertuduhan itu, pihak defendan didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana lebih tinggi.

Hakim, Mohd Nasir Nordin membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan tersebut dan menetapkan lapan Oktober sebagai tarikh sebutan kes.

Tinggalkan komen anda