Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Sumbangan Kenderaan Kepada K1M, Kolej Komuniti Darulaman

By 19 Oktober 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Zihan Zari (Kuala Muda)

SUNGAI PETANI, 18 Okt Ā (MalaysiaAktif) — Ā Komuniti 1 Malaysia (K1M) Parlimen Sungai Petani hari ini menerima kenderaan terpakai Isuzu Trooper yang boleh digunakan semula untuk keperluan kerja sukarela.

Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Kedah, Normah Ramli berkata ini kali pertama di Kedah pihaknya menyumbangkan kenderaan terpakai kepada K1M Parlimen Sungai Petani.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Pengarah Penerangan Kedah, Dr. Haniff Hassan, di Majlis Penyampaian Sumbangan Kenderaan Terpakai untuk kegunaan Masyarakat dan Perkhidmatan Sukarela di Pejabat Penerangan Daerah Kuala Muda, di sini.

 

IMG_2285

 

Normah berkata,Ā  kesemuaĀ  lima buah K1M, iaitu di Mukim Kuala/Haji Kudong, Mukim Pekula, Mukim Rantau Panjang, Mukim Simpor dan Mukim Bukit Meriam dalam Parlimen Sungai Petani merupakan Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan kelolaan Jabatan Penerangan Kedah.

Di majlis sama, Kolej Komuniti Darulaman, Jitra menerima kenderaan pacuan empat roda Ā Isuzu Trooper terpakai untuk tujuan pelajar baik pulih dan mempelajari enjin kenderaan tersebut.

Menurut Pensyarah Unit Automotif Kolej Komuniti Darulaman, Kiwamuddin Othman, sumbangan kenderaan daripada Jabatan Penerangan dapat digunakan oleh pelajarnya membuatĀ  latihan bengkel automotif.

Kiwamuddin berkata, buat masa ini kolej tersebut tidak mempunyai kenderaan pacuan empat roda untuk dibuatĀ  latihan.

Pengerusi K1M Mukim Kuala/Haji Kudong, Badruel Nizam Ibrahim,32, berkata sumbangan ini amat bermakna bagi penduduk setempat.

Sementara itu, Penghulu Mukim Simpor merangkap ahli jawatankuasa K1M Mukim Simpor, Mohd Fazaidi Saidin,40, berkata, kenderaan tersebut boleh digunakan untuk pelbagaiĀ  aktiviti komuniti kemasyarakatan.

Hadir sama menyaksikan penyerahan tersebut, Pegawai Penerangan Daerah Kuala Muda, Idris Ahmad danĀ  Pegawai Perhubungan Awam Kolej Komuniti Darulaman, Aidtul Shima Che Hassan.

 

Tinggalkan komen anda